Sunday, July 1, 2012

Fakta Menarik IV

MATEORIT


Mateorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan.

MOTOR ELEKTRIK

Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04 cm iaitu lebih kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop.

UKURAN RED KANGAROO

Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah 2 cm, tetapi ia membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak dengan kelajuan 48 km/j.

LOGAM OSMIUM

Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu enam kali lebih tumpat daripada emas. Jongkong osmium setebal saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram.

KERETA API PENUMPANG

Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733 meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991. Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik dan seberat 2,786 tan.

KELAJUAN MAKSIMUM

Kelajuan maksimum 39,897 km /j yang dicapai oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia.

BOM ATOM

Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga pekerja yang ramai.

MAJLIS PERTUNANGAN

Upacara menyarung cincin berlian di majlis pertunangan telah dimulakan pada tahun 1475 oleh Archduke Maximilian (Austria) ke jari tunangnya Princess Mary (Burgundy). Ketika itu cincin disarungkan ke jari hantu.

MAHARAJA MOROCCO

Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya.

BERAS

90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta tan metrik.

TAHUN BARU CINA

Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka membelanjakan RM12 juta untuk membeli limau sahaja.

PULAU BATU HAIRAN

Pulau Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pulau ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter tinggi, ditemui pada 14 April 1988.

PAPUA NEW GUINEA

Papua New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk.

MICROPATENT

Penerbit komersil maklumat hak cipta, MicroPatent, Connecticut, Amerika Syarikat, memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi hampir 20 juta halaman senarai pemilik hak cipta utiliti di seluruh Amerika Syarikat

TELEKOM MALAYSIA

Telekom Malaysia merupakan pengendali utama telekomunikasi di negara ini, mempunyai sebanyak 29,700 kakitangan di seluruh negara. Ia membekalkan kemudahan telefon kepada 2.7 juta penduduk Malaysia; nisbah 15 buah telefon bagi setiap 100 penduduk.

LADANG KUPU-KUPU

Ladang kupu-kupu Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1986, mengandungi 4,000 ekor kupu-kupu Malaysia terdiri daripada lebih 120 spesies.

KESESAKAN LALU LINTAS

Kesesakan lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat.

HUTAN HUJAN TROPIKA

Hutan hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan dipercayai sebagai hutan yang paling tua di dunia. Terdapat sehingga 180 jenis pokok dalam satu hektar hutan tersebut.

GUA GOMANTUNG

Gua Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup.

PELABUHAN

Pelabuhan Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu memerlukan masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More