Friday, July 27, 2012

Ibu Hamil Perlu Menghindari Seks Jika...


Jika kehamilan korang normal, tidak ada yang perlu korang bimbangkan bila berhubungan intim, namun ada beberapa keadaan tertentu perlu menghindari seks kerana ia boleh mengancam kehamilan.

Berikut beberapa keadaan yang membuatkan ibu hamil perlu menghindari seks;-

1. Infeksi penyakit kelamin yang berjangkit, baik pada isteri mahupun suami
Penyembuhan penyakit kelamin perlu dilakukan bersama-sama. Jika tidak penyakit tersebut kembali menjangkiti isteri daripada suami walaupun isteri sudah menjalani rawatan dan sembuh, atau sebaliknya. Jika penyakit ini tidak juga sembuh ia dibimbangi menjangkiti bayi, misalnya penyakit kelamin seperti GONORRHEA yang boleh menyebabkan buta bila bayi dijangkiti semasa dilahirkan.

2. Ketuban pecah
Keadaan memudahkan kuman dari luar masuk ke dalam kantung ketuban sehingga menjangkiti janin.

3. Plasenta previa
Kedudukan plasenta atau uri menutupi separuh atau keseluruhan jalan lahir. Hubungan seksual yang dilakukan pada keadaan ini dibimbangi menyebabkan pendarahan sehingga membahayakan ibu dan janin.

4. Pendarahan vagina
Pendarahan yang tidak jelas punca, perlu segera mendapat pemeriksaan doktor dibimbangi ia sebagai tanda-tanda adanya gangguan pada kehamilan seperti tumor di rahim yang selalunya merupakan tanda awal keguguran.

5. Sejarah keguguran
Ibu hamil yang ada riwayat keguguran sebaiknya mendapat nasihat doktor terlebih dahulu supaya dapat dipastikan kehamilannya cukup sihat dan dalam keadaan normal yang membolehkan hubungan intim dilakukan.

6. Pembukaan pintu rahim
Pintu rahim yang tidak kuat boleh menyebabkan keguguran. Kerana itu, pintu rahim diikat agar janin tidak mengalami keguguran.

Misteriousgrapesz

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More