Tuesday, July 17, 2012

Info: Apa Itu Negara Dunia Pertama, Kedua Dan Ketiga (22 Gambar)

Info +1.

Tahukah anda mengapa negara-negara di dunia terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu negara dunia pertama, kedua (pernah dengar?) dan ketiga? Pengelasan ini bermula sejak perang dingin (1947–1991) diantara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan negara-negara blok komunis. Negara dunia pertama adalah Amerika Syarikat bersama sekutunya (NATO), manakala negara dunia kedua pula adalah negara blok komunis, Soviet Union (Russia), China dan sekutunya.

Negara dunia ketiga adalah negara-negara yang neutral dan berkecuali. Kebanyakan negara dunia ketiga adalah negara yang sedang membangun dan merupakan bekas jajahan imperialis. Sebenarnya negara dunia ketiga juga terbahagi kepada beberapa ketegori seperti negara dunia ketiga dari segi kekebasan politik, pendapatan kasar negara, pembangunan manusia, kebebasan bersuara dan juga tahap kemiskinan.

Namun, sekarang apabila menyebut perkataan 'negara dunia ketiga', persepsi masyarakat menjurus kepada negara yang kurang maju dan miskin terutamanya di Benua Afrika. Mungkin agak janggal untuk mendengar 'negara dunia kedua' kerana perkataan "First World" dan "Third World" kerap digunakan dan pada hari ini, ianya tidak lagi merujuk kepada ideologi politik, tetapi merujuk kepada tahap ekonomi dan kemajuan sesebuah negara.

P/s: Memes di bawah adalah antara joke, dan sindiran. Sekian.























Tibe2Jam6Petang

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More