Saturday, July 28, 2012

Info : Awas! Pen Ujian Arus Elektrik Tiruan (6 Gambar)

Bagi mereka yang ingin membeli alat-alat kelengkapan elektrik, sila berhati-hati yer. Jangan mudah tertipu dengan harga yang murah. Terbaru, satu pen ujian arus elektrik (Electric Test Pen) jenama Philips yang palsu telah beredar di pasaran.


Alat tiruan ini mempunyai lambang dan cap logo yang serupa seperti jenama Philips. Ia nya dilaporkan telah pun dijual secara meluas di kedai-kedai hardware dengan harga yang sama dengan jenama Philips yang original iaitu RM8.

Cara untuk membezakan antara yang original dan palsu, alat yang original dijual dalam bentuk bungkusan standard Philips, manakala yang palsu dijual dalam bekas plastik lutsinar.

Logo palsu nya pula hanya mempunyai dua garisan 'ombak' dan bintang serta perkataan "Made in Gamany" pada pemegangnya, manakala yang original sepatutnya mempunyai 3 garisan 'ombak' dan perkataan "Made in Germany".

Alat tiruan ini amat berbahaya dan elakkan daripada membelinya.






p/s : Ingat, murah tak semetinya selamat.. sila periksa betul-betul sebelum membeli..

DryShreet

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More