Sunday, July 1, 2012

Lawak Bodoh Lagi Bangang I

KENCING

Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Chot sungguh terkejut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet. Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri. Cepat-cepat dia kejutkan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi. Lampu tu terbuka dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata, "Dah... dia buat dah perangai lama... Awat hang kencing dlm peti ais...???

NENEK DAN CUCU

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya. Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani... Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri. Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah. "Kenapa engkau menampar muka sendiri?" Jawab si ayah, "Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

PAK PANDIR

Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnya. Entah macam mana, di tengah perjalanannya tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke benda yang dia jumpa tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, Pak Pandir mengambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak Pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, "Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, "Lembik...macam taik." Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata, "Bau macam taik." Oleh kerana Pak Pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...

"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

MALAM PERTAMA MALAM TERINDAH



Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat tingkah laku isterinya, yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat bintang-bintang. Dengan jengkel suaminya berkata, "Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?" Jawab sang isteri, "Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi."


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More