Monday, July 23, 2012

Mitos Kiamat 2012 Terbatal Secara Automatiknya (Berita)

Sudah masuk dalam Ramalan kiamat yang gagal!

Sebelum ini dunia dikejutkan dengan penemuan kalendar kuno kaum Maya yang menjangkakan kiamat berlaku pada tahun 2012. Tapi mitos moden ini mungkin sudah boleh dilupakan kerana penemuan kalendar bulan kuno kaum Maya yang ditemui di Xultún, satu kawasan runtuhan kota kaum Maya.

Kalendar bulan ini ditemui bersama sama buku kuno oleh seorang ahli arkeologi Universiti Boston, William Saturno bersama ahli kumpulannya. Ianya mengandungi pengiraan kitaran planet dan juga melibatkan pengiraan tarikh sehingga 7,000 tahun ke hadapan!

Tapi, ada tapinya, daripada bacaan aku sebelum ini, kalendar maya yang dikaitkan dengan tahun 2012 tersebut sebenarnya meramalkan sesuatu 'yang besar' bakal terjadi pada tahun 2012 (tahun ini lah), bukannya kiamat.

Apa-apa pun, tiada seseorang pun yang tahu bila kiamat akan berlaku melainkan yang Maha Pencipta.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More