Samuel, seorang graduan daripada University of Rochester yang berusia 29 tahun ini sedang berusaha untuk menguasai bidang kerja sosial dan memulakan langkah awal kariernya dengan menubuhkan "The Snuggery" pada bulan lalu selepas berakhirnya semester musim bunga, lapor The Henrietta Post dan ia sudah pun mula mendapat perhatian dari orang awam di seluruh negara.
Usaha Samuel juga pernah disiarkan di Fox News, CNN dan dia juga dilaporkan akan muncul di dalam rancangan "Late Night With Jimmy Fallon" dan siaran "Sirius XM Radio's Playboy Radio." Walaubagaimanapun, Samuel tidak menyangka perniagaannya itu akan mendapat perhatian sebegini pantas.
"Saya sangat suka dipeluk, dan saya anggap ia merupakan suatu perkara yang baik untuk dilakukan. Namun, kebanyakkan orang tidak suka akan idea saya jadi saya terpaksa mengembangkan perniagaan ini secara berskala kecil bagi menyediakan sedikit pendapatan tambahan."
Samuel juga memberitahu kepada akhbar Metro meskipun dia tidak mendapat kebenaran memperakui sesi dakapannya itu, dia telah pun mengkaji gaya pelukan di dalam "Sutra Cuddle."Walaupun ia mempunyai 100 gaya pelukan yang diperincikan di dalam buku tersebut, dia secara amnya hanya akan melakukan apa yang datang secara semulajadi.
Bagaimana? Sanggup bayar untuk mendapatkan pelukan yang baik?
0 comments:
Post a Comment