Thursday, July 26, 2012

Tips Untuk Mengelakkan Tegangan Mata


Jika korang menghabiskan lebih banyak waktu di depan komputer, korang pasti mendapatkan tegangan (strain) mata. Jika korang menatap monitor komputer berjam-jam lebih lama, korang lupa untuk berkelip. Jika korang tidak mengedipkan mata korang, kelembapan semulajadi yang terdapat dalam mata korang akan terpelowap dan mata korang menjadi kering dan sakit.

Mata kering menyebabkan penglihatan korang berganda (double vision), kabur, warna berambu, atau menjadi kepenatan. Kesakitan mata adalah disebabkan oleh kecerahan cahaya pada skrin dan kawasan di sekitar layar tersebut.

Bekerja dengan berlatarkan cahaya terang tepat di belakang skrin monitor atau bekerja di bilik yang gelap boleh menyebabkan ketegangan mata. Duduk berhadapan tingkap besar dan paparan sinar matahari silau pada monitor korang boleh juga menyebabkan tegangan mata.

Penggunaan komputer biasanya tidak merosakkan mata, tetapi ia membentuk kesan tekanan pada otot mata yang mempengaruhi penglihatan seseorang individu dan ianya juga boleh mengganggu prestasi kerja seseorang. Jika korang tidak dapat melihat skrin dengan selesa atau mantap, produktiviti korang akan menurun.

Tips untuk mengelakkkan ketegangan mata berlaku kepada pengguna komputer:

1. Untuk setiap satu jam, ambil sepuluh minit untuk berehat dan biarkan mata korang berkelip secara normal.

2. Jangan bekerja di dalam bilik yang gelap kerana kontras cahaya di antara cahaya hasil daripada skrin komputer dan kurangnya cahaya latar akan menyebabkan tegangan mata.

3. Berbincanglah tentang masalah mata korang dengan pakar mata dan gunakan sebarang bentuk alat penjagaan mata jika perlu.

4. Semak dan pastikan cermin atau kanta lekap mata yang korang pakai sesuai untuk melihat dari dekat atau jarak jauh.

5. Jangan biarkan cahaya cerah melatari belakang skrin monitor korang.

Misteriousgrapersz

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More