Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.
1. Balas dendam
Sekiranya korang berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada korang. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan korang.
2. Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup korang dan bukannya berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali korang menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup korang.
3. Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila korang kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan korang tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada korang.
4. Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi korang berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila korang menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya. Sekiranya, korang tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk korang dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.
5. Seks
Meskipun korang tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.
6. Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira. Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti korang. Jadi, sekiranya korang benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan korang dengannya segera.
7. Jejaka bermasalah
Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling korang yang membuatkan pasangan merasakan korang tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, korang juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan korang yang memulakannya dahulu.
8. Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan. Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa korang tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu korang dengan lebih lama?
9. Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan. Baginya, jika korang tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu korang pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.
10. Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan korang. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan korang. Tidak hairanlah apabila korang masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.
0 comments:
Post a Comment