Friday, August 31, 2012

Syiling RM36,800 bertabur atas jalan


HULU SELANGOR - Sebuah van keselamatan yang membawa duit syiling dianggarkan berjumlah RM36,800 terbabas dan terbalik di Kilometer 426.7 Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur keluar Bukit Beruntung di sini semalam....


Kejadian pada pukul 12 tengah malam itu mengakibatkan pelbagai duit syiling milik sebuah pasar raya dan sebuah syarikat konsesi lebuh raya di dalam kenderaan itu bertaburan di atas lebuh raya.
Wang itu hendak dihantar ke satu lokasi di Ipoh, Perak dari Petaling Jaya, Selangor.
Ketika kejadian, terdapat tiga kakitangan syarikat keselamatan di dalamnya termasuk seorang pemandu yang berusia 38 tahun. Ketiga-tiga pekerja itu bagaimanapun mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, sebahagian besar wang itu dapat dipungut semula oleh kakitangan syarikat keselamatan dan pekerja lebuh raya itu menggunakan penyodok namun terdapat juga orang awam yang dilihat cuba mengutipnya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, tayar belakang sebelah kiri van itu dikatakan pecah menyebabkan ia hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang lebuh raya.
"Ekoran rempuhan itu, van tersebut terbalik di atas lebuh raya dan rosak teruk.
"Pemandu van dan dua rakannya yang cedera itu menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sungai Buloh
Sumber : kosmo

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More