Sam & Dol yang super sengal
Koleksi perbualan antara Sam dan rakannya, Dol yang boleh buat anda ketawa... Dah sedia?
SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya..
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!
SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah... . hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer... .
SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kampung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!
SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
Psst: Memang sengal la si Dol nih...
0 comments:
Post a Comment