Friday, August 31, 2012

Tukang Masak Rebus Mayat Isteri

Seorang tukang masak di Los Angeles mengaku merebus isterinya sendiri selama 4 hari sebelum menyembunyikan tulang isteri beliau di rumah ibu beliau, 3 tahun lalu.


Tukang masak tersebut memberikan kenyataan tersebut semasa dirawat di hospital pada Mac 2011 selepas terjatuh ke dalam curam sejauh 24.4 meter di Rancho Palos Verdes, apabila menyedari namanya disenaraikan sebagai suspek utama kes kehilangan isterinya, Dawn Viens, 39, lewat 2009.

“Di atas beberapa sebab, secara tiba-tiba saya menjadi ganas,” katanya kepada pegawai penyiasat Richard Garcia, sambil mendakwa isterinya pernah melarikan diri ke kawasan pergunungan 16 bulan lalu kerana enggan memasuki pusat pemulihan dadah.

Viens hadir pada perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi Los Angeles, kelmarin, berkerusi roda memberitahu dia telah memasukkan mayat isterinya ke dalam tong yang diisi 55 gelen air mendidih, sebelum menenggelamkan mangsa dengan pemberat dan menyebatikan daging mangsa dengan bahan buangan lain sebelum menghapuskannya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More