Dibina setinggi 3 tingkat!
Abraham Lincoln merupakan antara Presiden Amerika paling berpengaruh dan beliau masih lagi dihormati sehingga hari ini. Bagi menghargai jasa beliau, satu menara buku berbentuk silinder dengan ketinggian 34 kaki telah dibina dengan menggunakan kira-kira 6,800 buah buku yang ditulis berkaitan Presiden Amerika ke-16 itu. Terletak di hadapan lobi Ford's Theatre Center for Education and Leadership, ia menjadi simbolik kepada muzium yang didedikasikan kepada sejarah Lincoln. Ironinya, muzium yang baru dibuka pada bulan lepas itu terletak berdekatan dengan Petersen House, lokasi Lincoln meninggal dunia.
Blog Rilek-Rilek
0 comments:
Post a Comment