Kejadian berlaku di dalam masjid di Kampung Saujana, Setiu apabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam masjid tersebut, awal hari ini.
Bayi berkenaan dijumpai oleh imam dan ustaz masjid itu pada pukul 6 pagi ketika mereka ingin menunaikan solat Subuh jelas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan.
“Ketika masuk ke ruangan solat lelaki, mereka melihat satu objek yang dibalut dengan tuala berwarna jingga dan apabila didekati mereka mendapati objek tersebut adalah seorang bayi perempuan.”
Menurut beliau berdasarkan kesan darah yang terdapat pada bayi itu, polis percaya bayi seberat 3.4 kilogram itu baru dilahirkan.
Bayi itu dihantar ke Hospital Setiu dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu dan klinik atau hospital yang menerima pesakit baru lepas bersalin supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber : BeritaCeritaDunia
0 comments:
Post a Comment