Bajet Alternatif Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini disambut dengan sinis oleh kebanyakan ahli Parlimen daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
Bajet yang dihasilkan secara bersama daripada komponen parti DAP, PKR, dan PAS itu jelas ahli Parlimen BN adalah “tidak masuk akal” dan “bajet bodoh” serta mempersoalkan bila tempoh masanya untuk dilaksanakan.
“Itu bajet bodoh ... persoalannya sekarang bila mereka mahu laksanakannya?
“Ia hanya “trick” untuk menarik undi rakyat, dan setakat ini mereka (PR) tidak pernah melakukan apa-apa,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kepada pemberita yang ditemui di Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan ketika diminta untuk mengulas bajet alternatif PR itu berkata, beliau sendiri tidak melihat secara serius tindakan yang dilaksanakan PR.
Jelasnya, bajet itu adalah “tidak bertanggungjawab dan hanya membuatkannya tertawa.
“Ia (bajet) membuatkan saya ketawa ... Itu bajet tidak bertanggungjawab.
“Bukan seperti BN, kami melaksanakan apa yang terkandung dalam bajet kami, dan bajet PR ini hanya untuk membeli undi rakyat,” katanya sambil menyindir Anwar sebagai “syok sendiri” dengan pengumuman bajet tersebut.
“Semua dia nak, perdana menteri, menteri kewangan, buat bajet, beliau seperti syok sendiri,” katanya lagi.
Sementara itu, ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Harun menegaskan, idea PR untuk menghapuskan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dalam bajet tersebut bukan sesuatu yang praktikal kerana hanya akan mengakibatkan projek sedia ada yang sedang dibangunkan akan terbengkalai.
Pengerusi Skim Permodalan Nasional Berhad (SPNB) ini juga menegaskan cadangan itu lebih kepada menghentam dan menghancurkan apa yang sudah dibina dan dibangunkan kerajaan sedangkan apa yang dibina dan dilaksanakan itu adalah untuk kemudahan rakyat
“Proses yang dilaksanakan kerajaan itu adalah proses percambahan untuk memperbanyakkan lagi syarikat bagi membolehkan lebih banyak projek kerajaan dapat disiapkan.
“Ia juga dapat mengelakkan monopoli kerana setiap projek perumahan dan apa yang cuba dijanjikan pembangkang melalui bajet bayangan mereka itu hanya akan akan mewujudkan unsur yang boleh merosakkan kepercayaan rakyat,” katanya lagi.
Dalam pembentangan bajet mereka hari ini, PR dilihat menjanjikan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna oleh rakyat Malaysia.
Ketua Pembangkang itu berkata, pendapatan boleh guna akan meningkat melalui penurunan harga kereta, pemansuhan tol, dan pemansuhan pinjaman pelajaran, melalui bajet yang dibentangkan beliau hari ini.
Anwar turut berkata, kerajaan PR akan berupaya untuk menampung cadangan mereka itu tanpa meningkatkan kadar cukai, sebaliknya hanya mengawal ketirisan yang meningkat sebagai akibat daripada gejala rasuah dan ketidakcekapan.
0 comments:
Post a Comment