Sunday, July 22, 2012

Bayi Dikubur Hidup-Hidup Oleh Ibubapa Sendiri Agar Panjang Umur



Orang tua sanggup menanam hidup-hidup bayi mereka yang baru berusia 9 hari. Pengebumian bayi ini disarankan oleh seorang peramal kerana orang tua tersebut menginginkan buah hati mereka berumur panjang.

Pasangan suami isteri yang tinggal di hapur, Uttar Pradesh, India, ini sebelumnya telah kehilangan empat anak mereka. Anak-anak mereka meninggal kerana keadaan kesihatan yang buruk atau kerana komplikasi penyakit.

Jadi Kiran Pal (37) dan Anita (34) yang putus asa ini, meminta nasihat kepada seorang peramal bernama Nizam. Tapi sayangnya mereka tetap mengikuti nasihat daripada si peramal yang tidak logik: menanam bayi mereka hidup-hidup.

Kedua-duanya meletakkan bayi laki-laki tersebut ke dalam sebuah periuk dari tanah dan kemudian menguburkan periuk tersebut pada kedalaman 1 meter di halaman belakang rumah mereka. Pengebumian tersebut dilakukan pada 12 April lalu.

Demikian seperti diberitakan harian Malaysia Nanban dan dipetik oleh The Star, Isnin (16/4/2012).

Sejumlah jiran tetangga mengesyaki pasangan tersebut rajin datang ke lokasi pengebumian anaknya. Mereka curiga dengan perilaku pasangan tersebut dan kemudian melapor kepada polis pada Jumaat (13/4) lalu.

Polis pun mendatangi lokasi dan kemudian menangkap pasangan tersebut. Baik Kiran dan Anita, mahupun si peramal yang bernama Nizam, dikenakan dakwaan percubaan pembunuhan.

Ajaibnya, bayi tersebut masih hidup ketika dikeluarkan dari tanah. Bayi ini langsung dilarikan ke hospital berdekatan dan syukurlah, keadaannya dilaporkan terus stabil.



tabekpuang

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More