Saturday, August 18, 2012

Adakah Anda Berdiet Dengan Betul?

Jika nak kuruskan badan, anda pasti berdiet, kan? Namun, adakah anda tahu sama ada cara berdiet yang diamalkan itu betul atau sebaliknya? Andai anda mengamalkan cara diet yang salah, hasilnya tentu mengecewakan. Akhirnya nanti akan timbul persepsi bahawa anda memang tak boleh kuruskan badan.

Persepsi sebegitu sebaiknya dibuang sejauh mungkin. Yakinlah bahawa anda semua boleh kurus dan langsing secara sihat. Cuma perlu diperhalusi semula kaedah diet yang pernah diamalkan.

Bagaimana cara mengenalpasti sama ada diet anda itu betul atau tak?

Cuba perhatikan 5 situasi di bawah. Jika anda sedang berdepan dengannya, ia menandakan teknik diet anda kurang tepat.


1. Pening, lekas penat dan tubuh tidak bermaya

Semasa melakukan aktiviti, anda akan rasa seperti di atas. Ia berlaku kerana tubuh anda kekurangan karbohidrat dan gula.

Tersalah Diet

Oleh itu, pastikan anda mengambil kandungan karbohidrat dan gula yang berpatutan agar tidak pengsan ketika beraktiviti.


2. Kulit kering dan kusam

Kulit anda memerlukan vitamin C dan E yang boleh diperolehi melalui makanan tertentu. Justeru, masukkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu harian anda.

Antaranya seperti buah jambu batu, betik, kiwi, mangga, pisang dan sayuran hijau.


3. Mual dan nafas berbau

Seandainya nafas anda berbau dan berasa mual, itu tandanya ada sesuatu yang tak kena dengan usus anda.


4. Buang air secara berlebihan

Masalah buang air kecil mahupun air besar secara berlebihan biasanya terjadi akibat daripada pengambilan ubat pelangsing.

Ia akan menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi yang berlebihan boleh menyebabkan kematian.


5. Mudah tersinggung dan hilang konsentrasi

Mudah Tersinggung

Cuba elakkan perut kosong. Makanlah secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Ini kerana jika perut kosong, otak anda akan kekurangan nutrisi dan mendorong kepada tidak berfikiran sempurna.


Adakah anda pernah mengalami mana-mana situasi di atas? Kalau ada, cubalah perbaiki cara diet anda. Saya pernah kongsikan satu artikel mengenai Cara Diet yang Betul Tanpa Risiko.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More