Pada suatu petang di sebuah ’supermarket’. Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tidak berkelip-kelip.
Lelaki muda itu pun terasa pelik. Dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua itu masih lagi juga memandang dan mengekorinya.
Last-last lelaki itupun buat tidak tahu sahaja, sebab dia ingat dia yang perasan. Selepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda itupun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan, perempuan tua itu tadi cepat-cepat memintas dan berdiri di hadapannya.
“Maafkan makcik nak!!” kata perempuan itu.
“Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tidak selesa dengan pandangan makcik tadi.. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ini nampak serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas”.
Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik sahaja memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.
“Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tidak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanya lelaki muda itu.
“Aaaa, mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tidak keberatan” kata perempuan itu. “bila makcik sudah hendak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap ‘babai mak!!’
“Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam itu pada makcik”.
“Oh boleh, tiada masalah” kata lelaki muda tu. Setelah cashiermemasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu.
Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung ..
“Babai,mak!!! !”. Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.
“Jumlah semuanya RM230.70 ye encik,” kata cashier supermarket tu. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.
“Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit sahaja macam mana pulak sampai dua ratus lebih ni?” tanya lelaki itu.
“Habis tu mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!” kata cashier tuh.
“Haah??!!”
Misteriousgrapersz
0 comments:
Post a Comment