Friday, August 3, 2012

E-mel Untuk Mama


Sepasang suami isteri berusia lebih setengah abad yang masing-masing terdiri daripada kalangan professional merasa penat dek kesibukan di ibukota. Mereka memutuskan beristirehat dan melancong ke Bali bagi melepaskan penat lelah dan hiruk-pikuk kotaraya di mana mereka berkerja. Mereka akhirnya menempah sebuah bilik hotel di Bali yang mana merupakan bilik yang sama di hotel yang sama sewaktu mereka honeymoon selepas berkahwin 30 tahun yang lalu.

Kerana kesibukan kerja, si suami harus terbang lebih dahulu ke Bali dan isterinya akan menyusul keesokan harinya. Setelah check-in di hotel berstatus 5 bintang di Bali, si suami mendapati ada sebuah komputer yang tersambung ke internet telah terpasang di biliknya.

Dengan gembiranya ia menulis e-mel mesra kepada isterinya di pejabatnya di Kuala Lumpur. Tetapi malangnya, dia tersalah menaip alamat e-mel isterinya dan tanpa menyedari kesalahannya itu, ia mengirim e-mel tersebut.

Di lain tempat di daerah Jempol, Negeri Sembilan, Sutinah, seorang wanita yang juga bekerjaya baru kembali dari pemakaman suaminya yang baru saja meninggal. Setibanya di rumah, ia terus memeriksa emel untuk membaca ucapan-ucapan belasungkawa atas kematian suaminya.

Sebaik saja selesai membaca e-mel yang pertama, ia langsung jatuh pengsan tak sedarkan diri. Anak sulungnya yang terkejut melihat ibunya pengsan, kemudian membaca e-mel tersebut. Tak lama kemudian dia juga jatuh pengsan.

Anak yang kedua, melihat ibu dan abangnya pengsan lebih terkejut lagi, lalu membaca e-mel tersebut, dan beliau juga turut pengsan!

Dan anak ketiga yang sudah biasa fitness secara teratur, juga ikut membaca e-mel tersebut, tetapi dia tidak pengsan, mungkin kerana fitnessnya memang luar biasa, membuat dia lebih kuat dan tegar. Dialah yang menghebahkan isi e-mel tersebut kepada kita, yang tertulis sebegini:

To : Isteriku tercinta

Subject : Papa sudah sampai Ma !!!

Date : 18 April 2010

Abang tahu PASTI mama TERKEJUT tapi gembira dapat khabar dariku kan?.

Ternyata di sini mereka sudah pasang internet juga, katanya biar mampu berkirim khabar berita buat orang-orang tercinta di rumah.

Aku baru sampai dan sudah check-in…

Katanya mereka juga sudah mempersiapkan segalanya untuk menerima kedatanganmu besok.

Abang tak sabar rasanya untuk tunggu mama di sini. Semoga perjalanan mama ke sini juga mengasyikkan seperti perjalanan abang semalam.

Love you very much Mama,

Abangmu.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More