Tuesday, August 7, 2012

forcep Tertinggal Dalam Perut

forcep Tertinggal Dalam Perut


London – Akibat kecuaian doktor seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan kali kedua untuk mengeluarkan sepasang forcep yang tertinggal dalam perutnya ketika pembedahan apendiks dijalankan seminggu lalu.

Forcep sepanjang lapan inci itu hanya diketahui tertinggal dalam badan pesakit berkenaan selepas mangsa kembali ke hospital untuk membuat pemeriksaan rutin x-ray.
Susulan insiden cuai itu, pihak pengurusan Hospital UniversitI East Kent telah menjalankan siasatan.
Menurut ketua jururawat hospital berkenaan, Julie Pearce, kejadian berkenaan sepatutnya tidak berlaku.
“Dalam masa tiga tahun ini, hanya sekali kejadian ini berlaku dan setiap tahun kita telah melakukan 90,000 prosedur pembedahan,’’ katanya.
Beliau yang juga pengarah operasi dan kualiti hospital terbabit berkata, apa yang berlaku jika peralatan pembedahan itu tidak cukup bilangannya, maka x ray akan dijalankan ketika pesakit masih berada dalam bilik bedah.
“Dalam kes ini, petugas tidak mengikut sepenuhnya polisi yang ditetapkan. Mereka hanya mengimbas bahagian perut sahaja tetapi tidak melakukan x raya sepenuhnya,’’ katanya.
Ini bukan kali pertama kecuaian dilaporkan berlaku melibatkan pegawai perubatan di hospital di negara tersebut.
Dalam insiden kecuaian sebelum ini, tulang belakang seorang pesakit telah patah akibat penggerudian yang dilakukan semasa pembedahan.
Satu lagi kes melibatkan skru kecil telah tertinggal dalam tapak tangan seorang pesakit.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More