Wednesday, August 8, 2012

Gambar Highland Towers Yang Terbiar Selepas Tragedi (10 Foto)

Tragedi Highland Towers tidak mungkin dapat dilupakan sehingga hari ini. Bagi yang mengalaminya, sudah tentu ia masih segar dalam ingatan. Ketahui apakah yang terjadi selepas berlakunya tragedi ini.


Anda masih ingat tragedi Highland Towers? Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan satu dari tiga blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3. Jom lihat gambar di bawah ini.
Kini Highland Towers telah bertahun-tahun ditinggalkan dan mereput sebegitu saja. Blok 2 dan 3 kini kini dikatakan menjadi port mat-mat gian dan juga sering dikunjungi oleh kumpulan paranormal untuk pengembaraan dan penyiasatan aktiviti paranormal. 
Sudah hampir 19 tahun peristiwa ini berlalu begitu sahaja. Mungkin ada di antara kita sudah melupakan tentang tragedi menyayat hati ini. Ketika antara mereka saling menuding jari tentang bagaimana bangunan ini boleh runtuh. Biarlah tragedi ini menjadi iktibar buat kita semua.
Sumber Foto Ehsan Hoong.ster dari Forum Lowyat.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More