Tuesday, August 7, 2012

Lihat Video: Gerakan Gimnastik ‘Korbut Flip’ Paling Bahaya di Sejerah Gimnastik Olympic

Video: Gerakan Gimnastik ‘Korbut Flip’ Bahaya

Kalau semua orang sibuk berbicara mengenai sukan Olympic 2012 yang sedang berlangsung di London ketika ini, penulis bawakan satu video kepada para pembaca.
Tidak ada apa sangat yang menarik.
Tapi, ia mengimbas kembali kisah-kisah mengenai sukan Olympic sebelum-sebelum ini.
Seorang peserta gimnastik, Olga Korbut telah menyertai Summer Olympic di Munich pada tahun 1972.
Dalam keghairahan dia melakukan rentak gimnastiknya, dia telah melakukan pergerakan ‘korbut flip’.
Agak bahaya pergerakannya!
Pergerakan itu diperlihatkan pertama kali di hadapan semua orang di seluruh negara oleh Olga dan dikira sebagai pergerakan paling sukar dan bahaya untuk acara parallel bar.

Kalau kita yang buat, mahu senak perut dan kejang segala urat.
Tapi, melihatkan Olga melakukan pergerakan gimnastiknya, memang ‘cool’ dan rileks saja! Terbaik!
Tetapi, pergerakan ‘korbut flip’ telah pun diharamkan dalam pertandingan gimnastik sejak dari hari itu.
1972 Summer Olympics in Munich
Oleh: Irfan Adhikari

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More