Tuesday, August 7, 2012

Video Penghargaan Kepada Lee Chong Wei

Video Penghargaan Kepada Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei, nama yang cukup sinonim di hati rakyat Malaysia kini.
Sedia maklum yang beliau telah tewas di tangan Lin Dan buat kali yang kedua di pentas akhir Olimpik London. Yang pertama ketika di Beijing empat tahun lalu.
Kekecewaan itu bukan sahaja dirasai diri beliau, sebaliknya boleh dikirakan pada seluruh rakyat Malaysia kecuali di hati beberapa pemimpin politik bodoh.
Setelah tewas di London baru-baru ini, Chong Wei tampil membuat kenyataan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana beliau gagal menggapai pingat emas yang diharapkan oleh rakyat Malaysia.
Namun, permohonan maaf beliau mendapat reaksi yang sebaliknya oleh rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia khususnya peminat sukan tanah air merasakan permohonan maaf itu tidak seharusnya terpacul dari mulut beliau. Ini kerana beliau telah memberikan yang terbaik.
Penulis ingin berkongsi sebuah video yang telah dimuat naik di laman Youtube.
Video berkenaan ditujukan khas kepada Chong Wei sebagai mewakili tanda penghargaan rakyat Malaysia kepada beliau.

Tidak memerlukan pelakon yang ramai, mesej yang ingin disampai jelas untuk kita semua hayati.
Dalam video tersebut menyatakan rakyat Malaysia yang sepatutnya memohon maaf kepada Chong Wei.
Mana tidaknya, masih ada segelintir. Ya, segelintir rakyat Malaysia yang mengharapkan aiskrim percuma malah ada yang mengharapkan cuti khas yang bakal diumumkan oleh pihak kerajaan atas kejayaan tersebut.
“People Go For Medals, You Go For  A Nation”
Penulis merasakan itu ungkapan yang sesuai bagi menunjukkan semangat patriotik, kesukanan dan bersatu padu yang berjaya dibawa oleh Chong Wei.
Jika anda lihat, Chong Wei berja menyatukan 28 juta hati rakyat Malaysia tanpa meluahkan sebarang perkataan, tetapi dari corak permainan hebat yang ditunjukkan beliau.
Anda tonton video tersebut dan hayati mesej yang disampaikan. Dan mungkin ADUN DAP, M Manoharan boleh dapat pengajaran sedikit daripada klip ini. 
Oleh: Irfan Adhikari

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More