Berapa ramai antara anda yang tahu tajuk-tajuk ini; Hikayat Sang Kancil dan Monyet, Gagak yang Bijak, Arnab Yang Sombong, Hikayat Sang Kancil dan Buaya serta Sang Kancil, Kerbau dan Buaya.
Penulis tidak pasti sama ada remaja-remaja era Facebook dan Twitter pernah mendengar nama-nama itu atau melihat klip-klip yang dipaparkan di bawah.
Namun bagi penulis yang agak berumur, semua klip itu masih segar dan terasa macam berumur 8 tahun lak ketika menontonnya (sama seperti komen seorang penonton di Youtube).
Semua filem pendek itu adalah terbitan Filem Negara Malaysia dan kerap ditayangkan di RTM pada satu masa dahulu.
Ia diolah dari kisah dongeng masyarakat negara ini.
Filem pendek berkenaan bukan sahaja satu bentuk hiburan, tetapi medium pembentukan saksiah diri.
Perubahan zaman mungkin menjadikan pendekatan menggunakan kartun bagi menyampaikan mesej positif bukan lagi pilihan utama.
Pelbagai pendekatan lain mula dipraktikan menyebabkan filem-filem pendek di atas hampir dilupakan terus.
0 comments:
Post a Comment