Tuesday, August 21, 2012

Betul Betul Info - Mengapa Kita Tercungap-Cungap Setelah Berlari?

Usain Bolt pun tercungap-cungap, korang apatah lagi...

Kita merasa tercungap-cungap kerana sistem pernafasan kita terpaksa bekerja lebih untuk menyalurkan tenaga kepada otot-otot kita. Paru-paru kita membawa masuk oksigen daripada udara yang kemudian akan dibawa oleh darah dan disalurkan kepada otot serta keseluruhan badan.



sumber gambar

Di dalam paru-paru terdapat berjuta-juta pundi-pundi berspan kecil yang dikenali sebagai alveoli. Alveoli dikelilingi oleh kapilari yang merupakan pembuluh darah kecil. Apabila kita menarik nafas, udara akan memasuki alveoli dan meresap di dalam kapilari. Justeru apabila kita bersenam tubuh kita memerlukan lebih banyak oksigen, bermakna paru-paru kita bekerja lebih cepat.

 Blog Rilek-Rilek

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More