Saturday, August 18, 2012

Betul Betul Unik - Taman Permainan Skulptur Schulberg (6 Gambar)

Di Jerman


Terletak di bandar bersejarah Wiesbaden di Jerman, Taman Permainan Skulptur Schulberg berjaya memberi suasana berbeza dan menarik perhatian, bukan sahaja kanak-kanak malah golongan dewasa yang berkunjung ke kawasan tersebut.



Direka oleh syarikat yang berpengkalan di Berlin, ANNABAU Architektur und Landschaft, taman permainan berbentuk pentagon ini mempunyai tiga elemen utama iaitu jaring tergantung yang disokong oleh 2 batang besi tahan karat, lanskap tiruan di dalam gelung tersebut dan laluan yang luas serta terdapat tempat duduk disekelilingnya.





sumber: Blog Rilek-Rilek

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More