Monday, August 6, 2012

Chong Wei: ‘Olimpik 2016 mustahil bagi saya’


PEMAIN perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menjelaskan bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 sekiranya kesihatan beliau berada dalam keadaan baik.
“Untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016  amat mustahil bagi saya.
“Tapi sekiranya fitness saya berada dalam keadaan baik dan stabil, saya akan cuba beraksi.
“Apa-apa pun, ia bergantung kepada tahap kecergasan kerana temasya Olimpik empat tahun lagi, umur saya sudah menjangkau 34 tahun,” kata Chong Wei ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang hari ini.
Chong Wei berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat rakyat Malaysia yang masih memerlukan khidmat beliau untuk beraksi pada temasya Olimpik 2016.
Pada masa sama, beliau yang disambut hampir 1,000 peminat di KLIA hari ini melahirkan rasa terkejut dan gembira apabila melihat sokongan padu rakyat Malaysia terhadapnya.
“Saya betul-betul terharu di atas kehadiran peminat hari ini. Malah, kehadiran mereka membuatkan kekecewaaan saya terubat setelah gagal menyumbang emas kepada negara.
“Kesudian mereka juga membuktikan rakyat Malaysia mampu menerima kekalahan saya walaupun ada segelintir peminat yang kecewa,” jelasnya yang  berterima kasih kepada rakyat Malaysia apabila  tidak jemu memberikan sokongan padu kepadanya selama ini.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More