Monday, August 13, 2012

Drama Tanah Kubur Dikritik Penonton, Apa Pendapat Anda?


Secara jujur bcd jarang melayan drama Tanah Kubur. Namun daripada apa yang diberitahu oleh rakan-rakan dan ahli keluarga, drama ini penuh dengan keinsafan dan pengajaran. Membaca Mingguan Malaysia semalam, bcd tertarik dengan tulisan seorang pembaca yang mengkritik drama ini.
tanah kubur dikritik
Kalau tak silap bcd, ini adalah kritikan kedua yang dikeluarkan oleh Mingguan Malaysia ke atas drama ini. bcd selitkan apa yang ditulis semalam untuk tatapan anda:-
Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan komen Puan Jamilah dari Kuang Selangor yang mana daripada beberapa sudut memang cerita yang dipaparkan dalam Tanah Kubur agak berlebihan. Setiap minggu saya mengikuti siri ini tetapi lima minit bermula kita sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dan bagaimana ia digambarkan.
Yang peliknya tidak mungkin kesemua jenazah yang meninggal itu berwajah buruk dan berulat. Memang benar balasan Allah SWT itu adalah pasti tetapi Allah jua tida akan mengaibkan jenazah tersebut. Bertambah pelik apabila setiap kali jenazah tidak disempurnakan misalnya tidak dimasukkan ke liang lahad, tidak muat, jenazah terlalu berat dan ada ular, kesemuanya itu dapat diselesaikan dengan doa Tok Adi sahaja.
Memang Tok Adi itu digambarkan seorang yang warak tetapi janganlah watak tersebut dilihat terlebih pula. Kadang-kadang penyebab kematian pun macam tidak logik. Setiap episod akan berdepan dengan kematian sedangkan untuk memberi pengajaran tidak semestinya mati dengan keadaan yang digambarkan sangat teruk.
Menarik juga tulisan si pembaca ini. bcd tak boleh nak komen sebab jarang menonton drama Tanah Kubur ini. Namun bcd pasti ramai di antara pembaca dhanian.blogspot merupakan pengikut setia drama ini. Apa kata anda? Adakah ianya memang berlebihan dan tidak wajar? Sila sharekan pendapat anda di ruangan komen.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More