Friday, August 10, 2012

Hadir Ke Disko Dengan Berhijab, Sharifah Sofia Dihalau Keluar


Ingin berjumpa dengan rakan-rakannya di sebuah pusat hiburan, Sharifah Sofia yang telah berhijab sejak 1 Julai lalu telah dihalau keluar. Berjaya memasuki disko tersebut, Sharifah Sofia dipandang pelik oleh wanita-wanita yang berada di dalamnya dan akhirnya diminta keluar oleh pekerja disko yang mengenali dirinya.
sharifah sofia disko
Menceritakan pengalamannya kepada Mstar Online, Sharifah Sofia berkata:-
Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya. Masa itu saya tahu kenapa orang memandang, sebab saya pakai tudung. Tetapi saya bukannya mengambil minuman keras ataupun buat perkara yang tidak senonoh pun?
Dan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selepas kejadian itu, Sharifah Sofia merujuk dan membaca semula buku panduan agama. Akhirnya Sharifah Sofia memahami yang dia harus menjauhi tempat sebegitu untuk berhijrah dengan lebih sempurna. Sesungguhnya pengalaman sebegini pastinya memberikan pengajaran yang sangat berguna kepada Sharifah Sofia. Tak gitu?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More