Friday, August 10, 2012

keselamatan pemanduan

Keselamatan pemandu dan penumpang adalah aspek utama dalam pembuatan kereta. Bagaimana pula keselamatan pejalan kaki?

Syarikat volvo telah memperkenalkan satu sistem beg udara yang baru yang dipasang berdekatan bahagian cermin hadapan di luar kereta. Ianya bukan dicipta untuk melindungi pemandu dan penumpang kereta, tetapi untuk pejalan kaki.

Mulai tahun 2013, kereta Volvo V40 akan dilengkapi dengan sistem pengesan pejalan kaki bersama-sama dengan sistem beg udara terbaru ini. Idea yang bagus untuk mengurangkan risiko kecederaan teruk dan juga kematian si pejalan kaki yang tidak bernasib baik apabila dilanggar oleh kereta.

Tibe2Jam6Petang

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More