Monday, August 6, 2012

Pelik : Payudara Tumbuh Di Perut Seorang Lelaki (Gambar)


Suntikan insulin masih menjadi penyelamat bagi penderita penyakit diabetes. Namun, melakukannya tanpa prosedur yang betul berpotensi mendatangkan bahaya kepada tubuh badan, seperti yang menimpa seorang lelaki penghidap diabetes dari Afrika Selatan ini.

Dipetik dari akhbar Daily Mail, lelaki berusia 55 tahun dengan diabetes type 1 itu mengejutkan doktor setelah memperlihatkan bentuk perutnya yang membengkak seperti payudara wanita.

Sebelum ini, lelaki tersebut membuat suntikan insulin di dua bidang perutnya untuk mengawal kadar gula dalam darah. Namun, dia tidak tahu bahawa menyuntikkan insulin di tempat yang sama dapat memicu pembengkakan lemak lembut di dalam lapisan kulit.

Disebabkan tidak mengubah kawasan suntikan selama 30 tahun, lelaki tersebut menderita sejenis penyakit yang dikenali sebagai lipohypertrophy yang parah.

"Selama bertahun-tahun kami belum pernah melihat kes seperti ini," ujar Dr Stan Landau, dari Centre for Diabetes and Endocrinology, Joannesburg, pasukan doktor yang merawat lelaki itu.

Dr Landau mengatakan bahawa pesakit menyuntik insulin di tempat yang sama kerana beranggapan benjolan pada perut adalah normal bagi penyuntik insulin. Kerana tidak sakit, pesakit tidak pernah memeriksa.

Beliau turut menambahn bahawa benjolan tersebut dapat menyusut, tetapi akan mendatangkan kerosakan sel permanen tanpa pembedahan plastik. "Banyak pesakit diabetes tidak memiliki maklumat yang jelas tentang bagaimana menyuntik insulin dengan betul,"

Diabetes type 1 terjadi disebabkan kerosakan pada sel yang bertugas untuk menghasilkan insulin, sehingga tubuh tidak mampu memproduksi insulin sendiri. Insulin berfungsi agar glukosa memasuki sel sebagai bahan bakar. Tanpa insulin, glukosa akan menumpuk dalam darah.

Kerana itulah, suntikan insulin diperlukan untuk mengawal kadar gula dalam darah pesakit diabetes. Proses suntikan pula hendaklah dilakukan dengan cara mengubah kawasan suntikan, bukan pada tempat yang sama.

p/s : Ade jugak penyakit macam ni yer..

BillyInfo

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More