Tuesday, August 7, 2012

VideoTrailer Filem Mengenai Pemburuan Osama

Zero Dark Thirty


Los Angeles – Trailer filem baru Hollywood yang bakal mencetuskan kontroversi mengenai pemburuan bekas ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden telah dilancarkan kepada umum.
Ia merupakan sekilas pandang mengenai projek filem berprofil tinggi yang dihasilkan dengan kerjasama Pentagon dan CIA.
Filem bertajuk Zero Dark Thirty itu diarahkan oleh pemenang Oscar, Kathyrn Bigelow, masih dalam proses penerbitan namun ia telah mencetuskan kemarahan Republikan yang mendakwa White House telah mendedahkan maklumat sulit negara kepada pembikin filem tersebut.
Ia juga dianggap sebagai usaha meningkatkan reputasi Presiden Barack Obama yang akan bertanding pada pemilihan Presiden, November ini.
Sokongan ke atas Obama meningkat mendadak selepas beliau mengumumkan kematian Osama pada bulan Mei tahun lalu biarpun ada yang meragui sama ada Osama benar-benar terkorban.
Dalam pada itu, bagi mengelakkan filem ini disifatkan sebagai propaganda kepada Obamat, Sony telah memutuskan untuk menangguhkan penerbitan Zero Dark Thirty daripada bulan Oktober kepada Disember.
Menurut salah seorang penulis skripnya, Mark Boal, orang ramai akan terperanjat dengan apa yang bakal disaksikan dalam filem berkenaan.
“Tidak ada agenda politik dalam pembikinan filem ini dan ia juga tiada kaitan dengan Obama,’’ katanya.
Sementara itu, laporan yang dikeluarkan di bawah Akta Kebebasan Maklumat menunjukkan pentadbiran Obama telah membenarkan Bigelow dan Boal bertemu dengan beberapa anggota tentera yang terlibat dalam serangan berkenaan.

Malah dalam satu emel yang dikeluarkan oleh seorang pegawai tinggi risikan memaklumkan, pembikin filem itu boleh menemubual anggota tentera terbabit asalkan nama mereka tidak didedahkan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More