Wednesday, December 12, 2012

5 Gambar padang latihan skuad negara di Thailand paling teruk dalam sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF

Gambar padang latihan skuad negara di Thailand paling teruk dalam sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF. "Semalam pihak pengurusan AFF telah memohon maaf kepada skuad Malaysia kerana menyediakan kemudahan disifatkan paling teruk di dunia dalam kejohanan berprestij seperti Suzuki Cup 2012 di Thailand," Itulah sedikit kandungan berita sukan dari Utusan Malaysia yang memang benar dan amat mengecewakan kita.


Untuk pengetahuan korang, tidak pernah ada mana-mana pasukan antarabangsa yang diberikan padang berlumpur untuk berlatih dan bilik persalinan macam pondok dalam sejarah penganjuran kejohanan berprestij seperti Piala Suzuki AFF. Hanya negara Malaysia sahaja yang pernah dilayan macam budak sekolah dan tidak dihormati. Mungkin benci sangat Thailand ini dengan Malaysia kerana kejayaan Malaysia memenangi dua gelaran Sukan Sea dan juga Piala Suzuki AFF 2010. Apapun, Malaysia kena kuatkan semangat dan mental dalam perlawanan Separuh Akhir Kedua malam ini. Harap Malaysia layak dan memalukan Thailand.





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More