Thursday, December 6, 2012

Ambiga tuduh Polis yang buat kacau masa Bersih 3...

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk S Ambiga yakin ada agen provokasi yang diletakkan polis dalam kumpulan peserta perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Menurut beliau, agen provokasi tersebut yang bertanggungjawab menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

“Saya sekali-kali tidak lupa bahawa ada agen provokasi pada hari tersebut, berbanding semasa Himpunan Hijau, tiada agen provokasi, perhimpunan diadakan dalam keadaan aman,” katanya dipetik Harakah Daily.

Beliau menjelaskan demikian pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Ambiga berkata, jika betul ada individu yang merempuh halangan di Dataran Merdeka, pihak polis harus menangkapnya, bukan dengan cara melepaskan gas pemedih mata kepada semua peserta.

Beliau berkata, pihak polis menggunakan kekerasan yang tidak sepatutnya bagi meleraikan peserta perhimpunan.

Menurut Ambiga, beliau terkejut apabila Dewan Rakyat diberitahu bahawa 909 kanister gas pemedih mata dilepaskan kepada peserta perhimpunan pada hari tersebut.

Sedangkan katanya, polis tidak memberi masa yang cukup kepada peserta untuk bersurai selepas gas pemedih mata dilepaskan.

“Saya berada di Jalan Tun Perak pada ketika polis melepaskan gas pemedih mata, mengakibatkan kesesakan dan ramai dari peserta terperangkap.

“Polis tidak memberi masa yang cukup kepada peserta untuk bersurai selepas gas pemedih mata dilepaskan,” kata Ambiga.

Turut dipanggil menjadi saksi kelmarin ialah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zulkarnain Abd Rahman dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More