Sunday, December 2, 2012

Anwar janji akan bagi tanah pada rakyat Johor kalau Pakatan menang..

Anwar Ibrahim berjanji akan mengembalikan hak rakyat Johor ke atas tanah mereka yang dirampas sewenang-wenang jika beliau menjadi Perdana Menteri selepas PRU13 nanti.

“Insya-Allah sebaik tawan Johor, kita sambut dengan kembalikan hak milik. Mandat diberi untuk pertahan hak rakyat. (Kalau) diambil, pampasan (kena) betul. Memang sukar tapi kita kena buat.

“Yang diambil tanah orang kampung. Tak boleh ikut suka. Kena hormat proses. Satu kesilapan oleh pemerintah akan memudaratkan satu generasi,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berucap demikian di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Johor, di Parit Saleh Ros, Batu Pahat, malam tadi.

Anwar antara lain merujuk isu bantahan penduduk Batu 5, Kampung Md Noor, dekat Seri Gading yang membantah kawasan perkampungan mereka dijadikan pusat pelupusan sampah.

“Dulu, orang Umno Johor kuat sokong saya. Tapi, adakah sokong untuk curi tanah? Sekarang siapa dapat? Syed Mokhtar yang banyak dapat. Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pasir Gudang dan lain-lain. Tidak ada orang lainkah?” kata Anwar.

Beliau juga kagum dengan kebangkitan rakyat di Johor berikutan sokongan sedemikian dulunya hanya berlaku di Kedah dan Kelantan yang sinonim dengan parti pembangkang.

“Kalau di Kedah, di Kelantan, ramai sebegini tak pelik. Tapi puluh ribu hadir di Johor. Johor apa dah jadi ni?

“Sebab apa? Sebab rakyat ada minat (terhadap Pakatan). Mereka menyatakan kegelisahan, kekecewaan dan harapan. Inilah yang dikatakan kebangkitan rakyat,” katanya.


p/s: Janji lagiii???? Janji yang dulu macam mana Nuar oiii??? Jom layan janji Anwar di Kampung Buah Pala... Janji tinggal janji... Puiiii!!!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More