Monday, December 3, 2012

Apek Bakal Jadi Penjaga Gol Simpanan Atau Di Buang ?


Siapa Lebih Sesuai Jaga Gol Farizal Marlias atau Apek
FARIZAL MARLIAS ATAU APEK?


Suatu persoalan telah timbul dan mula bermain di fikiran peminat sukan bola sepak tanahair. Siapakah yang lebih layak untuk menggalas tugas sebagai penjaga gol skuad Harimau Muda Malaysia. Keduanya mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Keduanya juga sudah mempunyai pengalaman sebagai penjaga gol utama.

Apek atau Khairul Fahmi Che Mat sememangnya sudah tidak asing bagi peminat Harimau Muda kerana beliau adalah penjaga gol utama negara kita. Namun prestasinya kebelakangan ini banyak menimbulkan tanda tanya apakah beliau masih layak atau tidak lagi untuk menggalas tugas besar tersebut.
Farizal Marlias pula bukan juga nama yang asing dalam sukan bola sepak negara kita. Namun jika dilihat prestasinya kebelakangan ini ternyata lebih baik sedikit berbanding Apek. Ini dapat dilihat ketika diturunkan sewaktu menentang Laos dan Indonesia. 
Namun jurulatih pasukan Harimau Malaya Datuk K.Rajagobal pasti lebih arif untuk memilih pemainnya seperti kata beliau “Saya kenal pemain saya”.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More