Thursday, December 6, 2012

Asri Nafi Tanding Atas Tiket PKR


Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menegaskan beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu menjadi calon untuk mana-mana parti termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum 13.

Perkara itu sekali gus menafikan khabar angin kononnya beliau akan bertanding di Dewan Undangan Negeri Penanti atas tiket PKR dalam PRU nanti.

Menurut Mohd Asri, desas-desus mengatakan beliau akan bertanding di DUN Penanti itu adalah tidak benar.

"Saya tidak cakap apa-apa pun sama ada setuju atau tidak, kena tanya sumber yang buat cerita itu, dari mana dia dengar" katanya ketika dihubungi.

Mohd Asri berkata demikian ketika ditanya tentang laporan di http://www.anwaraidc.com bahawa beliau telah bersetuju bertanding atas tiket PKR di DUN Penanti yang kini disandang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More