Thursday, December 6, 2012

Biar Betul! Proton Iswara Rempuh Kereta Polis Dari Belakang


Biar Betul! Proton Iswara Remouh Kereta Polis Dari Belakang | Sebelum ini kita banyak mendengar kes kemalangan membabitkan kenderaan orang awam, kali ini melibatkan kereta peronda polis pula. Kemalangan ini berlaku melibatkan beberapa buah kenderaan. KisahBest.My difahamkan, kemalangan bermula apabila sebuah proton Iswara merempuh kereta polis dan berlaku perlanggaran di antara kereta yang lain.

Sekadar gambar hiasan
Tiga kenderaan termasuk kereta jenis Proton Perdana dari Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan terbabit nahas gara-gara sebuah daripadanya cuba mengelak sebatang besi di atas jalan dalam  kejadian berhampiran kilang bot gentian kaca di Kampung Sungai Soi dekat sini, semalam.
Dalam nahas kira-kira jam 10.20 pagi itu, pemandu dan penumpang kenderaan terlibat terselamat dan tidak mengalami  kecederaan.
Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, pemandu kereta Produa Viva dalam perjalanan dari arah Pekan menghala ke Kuantan dipercayaimemperlahankan kenderaan dan membrek ketika cuba mengelak sebatang besi di atas jalan.
Menurutnya, Proton Perdana dipandu anggota dari bahagian Trafik IPD Pekan yang berada di belakang turut memperlahankan kenderaan bagaimanapun dilanggar sebuah kereta jenis Proton Iswara yang datang dari arah sama.
“Susulan pelanggaran itu, kereta PDRM itu terlajak ke hadapan lalu melanggar belakang Produa Viva.
Kemalangan langgar belakang membabitkan tiga kenderaan itu berlaku berhampiran satu laluan berselekoh,” katanya di sini, semalam.
Sumber : Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More