Tuesday, December 4, 2012

Cikgu penyokong Anwar KANTOI menipu... Mintak borang Umno lepas kena pecat..


Korang ingat lagi tak pasal Cikgu di Labuan yang kena buang kerja disebabkan menyokong Anwar Ibrahim hari tu? Kali ni, bekas cikgu tu dah KANTOI menipu beb..

Dalam satu interview dengan media pencacai Pakatan, bekas Cikgu tu kata dia diberi borang keahlian Umno selepas dipecat.. Kononnya, borang tu adalah untuk memaksa dia masuk Umno..

Yang sebenarnya, pompuan tu yang mintak borang tu dari Timbalan Ketua Umno Labuan.. Bukan sekeping beb.., tapi 10 keping...

Korang tengok sendiri surat yang dihantar oleh Datuk Yunus kepada pompuan tersebut.. Kan ada tertulis "SEPERTI DIMINTA" kat surat tu.. Ni membuktikan borang Umno tu diminta sendiri oleh pompuan berkenaan..


Pemangku Ketua Umno Labuan, Senator Datuk Yunus Kurus, dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini mengesahkan, beliau telah menghantar 10 borang keahlian Umno kepada bekas guru berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengatakan ia dihantar atas permintaan Qatrun sendiri, yang meminta borang tersebut melalui SMS, untuk dirinya sendiri dan rakan-rakannya.

Yunus juga mengakui ada menelefon Qatrun untuk mengesahkan laporan bahawa seorang guru agama sementara JAWI berkempen untuk PAS.

"Saya telefon dia tanya betul ke dia masuk PAS. Dia boleh ketawa-ketawa lagi. Saya cakap itu (masuk mana-mana parti) hak kamu.

"Dia minta borang saya kasilah," katanya.

Qatrun sewaktu sidang media juga mengaku bahawa beliau, secara berjenaka, meminta borang Umno dari Yunus.

Penyelaras NGO hak asasi manusia Suaram, Syukri Razab yang menemani Qatrun berkata siri kejadian yang berlaku sebelum Qatrun dipecat mengesahkan pemecatan itu bersifat politik.

Menurutnya, sebab pemecatan itu yang dipercayai berkaitan dengan kehadiran Qatrun ke ceramah pembangkang bercanggah dengan hak asasi manusia untuk berpersatuan.

Mengulas perkara itu, Yunus menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuang Qatrun dari tugasnya kerana perjawatan beliau terletak di bawah bidang kuasa JAWI.

"Demi Allah, saya tidak pernah suruh JAWI buang atau pecat dia. Perkara ini perlu dirujuk kepada JAWI lah.

"Bukan saya yang buang. Saya tiada kuasa untuk membuang sesiapa," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan Qatrun bahawa beliau menyatakan hanya pekerja kerajaan dengan keahlian Umno sahaja boleh berpolitik.

"Tidak ada semua (kenyataan) itu. Itu temberang sahaja," kata Yunus.

Beliau turut menggesa Qatrun menghubunginya sendiri jika Qatrun berkata benar dengan dakwaan-dakwaannya tentang pemecatan itu.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More