Wednesday, December 5, 2012

Dahsyat! Viva Terbang Terjunam Dalam Sungai


Dahsyat! Viva Terbang Terjunam Dalam Sungai | Memandu dalam keadaan laju sebenarnya boleh mengundang kepada kemalangan jalan raya. Lebih-lebih lagi jika kita memandu dalam keadaan struktur jalan yang kurang baik. Baru-baru ini sebuah kereta perodua Viva rosak teruk apabila dipercayai terbabas kemudian terbang menjunam ke dalam sungaiPemandu dan penumpang kereta tersebut hampir nyaris maut.
Perodua Viva ini dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam sungai.
Empat sahabat nyaris maut selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka dipercayai terbabas, lalu terjunam ke dalam sungai di Kilometer 41, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, di Kampung Gong Balai di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, pemandu kereta, Sharil Amri Muhammad Suhaimi, 25, bersama tiga penumpang, dikatakan dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu.
Difahamkan, kereta itu dipercayai dipandu laju menyebabkannya terbabas ke sebelah kiri jalan dan nyaris melanggar besi pengadang jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai sedalam kira-kira 1.5 meter.
Akibatnya, pemandu, Sharil Amri tidak sedarkan diri manakala tiga lagi rakannya, Wan Syamil Asyraf Wan Ramli, 17, dan Nurul Shaffiqa Mohd Mustaffa, 15, serta Nurul Shaira Shaari, 15, tidur sebelum kejadian berlaku.
Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya diselamatkan orang ramai yang berada di tempat kejadian, sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Sharil Amri yang dikatakan lemas dan cedera di bahagian dahi akibat terhantuk, dilaporkan stabil selepas menerima rawatan kecemasan, manakala tiga lagi penumpang hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
Sumber : Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More