Thursday, December 13, 2012

Deepak Mula Buka Rahsia..Dasar Lidah Bercabang



Deepak Jaikinshan seorang pengusaha karpet yang cuba bermain api dengan mengaitkan nama DS Najib dan Rosmah apabila beliau sedang berdepan dengan tindakan pengisytiharan muflis, kini mula menggelabah. Tekanan yang diterima telah membawa kepada terbongkarnya rahsia bahawa Anwar lah merupakan dalang disebalik semua ini.

Dalam temubualnya di pejabat Harakah, beliau pada asalnya mengakui bahawa Anwar melalui peguamnya Sivarasa yang merancang fitnah ke atas PM dan isteri telah cuba menafikannya dalam Harakah Daily. Beliau juga mengakui mengenali Balasubramaniam.

Jelas keterangannya dalam temubual bersama Harakah seolah-olah adanya konspirasi oleh pembangkang untuk menjatuhkan PM. Deepak yang dalam keadaan tersepit dengan mudah pula menjadi alat pembangkang untuk membuka lembaran fitnah yang lama. Jika video di atas dengan terang Deepak menyebut PM tiada kaitan, kenapa kali ini dikala PRU13 semakin hampir, beliau kembali mengaitkan nama PM.

Inilah kerja pembangkang yang tidak pernah puas hati selagi hasrat untuk menerajui negara belum tercapai. Apa cara pun harus digunakan bagi memastikan matlamat mereka tercapai. Deepak yang kini berdepan tindakan muflis pun mesti digunakan selagi boleh memberikan imej buruk kepada kerajaan. 

Semua skrip ini telah diatur dengan teliti oleh Anwar yang tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi PM. Dendam lama harus dibalas.

Dalam video di atas, Deepak turut mengakui bahawa beliau tidak terlibat langsung dengan segala keterangan P. Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya.  Keterangan beliau sekaligus membuktikan yang PM dan isteri tidak ada kena mengena dalam isu Altantuya.

Jangan terpedaya dengan tipu helah pembangkang.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More