Friday, December 21, 2012

Dosa Dosa Besar Nik Aziz - Gila Tanah


Semalam kisah Nik Aziz gila kuasa MI tulis di SINI .

Kata Ulama, nak tahu manusia tu sudah menghampiri tanah kubur atau sudah tua atau bahasa sopan sudah berusia maka lihatlah naluri nafsunya condong ke arah "tanah".

Bila dah mula minat nak berkebun, minat menambah jumlah kepingan gran tanah dan mula suka melawat tanah-tanah yang beliau miliki maka itulah tandanya kita makin menghampiri kubur.

Nafsu mula membesar terhadap menambah jumlah bidang tanah menunjukkan ianya semakin hampir untuk bertemu Allah swt. Tidak salah memiliki kekayaan kerana Nabi saw sendiri dalam hadisnya pernah berkata ; "aku takut kiranya ummat ku miskin papa kedana kerana ianya mudah menghampiri kufur.."

Tidak berdosa punyai tanah seluas dan sejauh mata memandang. Salahnya bila hak atau cara memperolehi tanah itu dengan menipu dan mencuri atau dengan menggunakan kuasa yang ada untuk dapatkan tanah bagi pihak kita atau untuk ahli keluarga.

Nik Aziz takkan mampu untuk buat ceramah atas tajuk yang di atas. Nik Aziz takkan berani menyentuh isu tanah yang beliau perolehi dalam setiap ceramah beliau. Malah lebih dasyat Nik Aziz tidak berani SOLAT HAJAT dan DOA BALA kepada yang menuduh beliaulah 'Mastermind' atau tok dalang dalam isu pemilikan tanah samada atas nama beliau, nama isterinya atau anak-anaknya termasuk menantu.

Ada isu tanah yang melibatkan Nik Aziz sebagai Menteri Besar, dia bertanggungjawab meluluskan bersama Exco beliau dan beliau tidak boleh menyalahkan orang lain kerana beliau sendiri yang jadi pengerusi atau yang membuat keputusan terhadap pengambilan tanah Rakyat Kelantan. Samada tanah tersebut dibuat projek atas nama Kerajaan Negeri atau tanah itu diambil untuk diri sendiri.

Seluruh Rakyat Kelantan sudah tahu isu Ladang Rakyat di kawasan Lojing, Pos Brooke, Bihai, Pulat, Pasik dan Kuala Betis.

Terbaru isu ;


DAMAI-SEDC

Pemilikan lot-lot tanah atas nama Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isterinya di Selatan Kelantan yang terlibat dengan projek Ladang Rakyat sememangnya cukup mengemparkan ramai rakyat Kelantan.

Lebih menimbulkan tanda tanya ramai bila mana peserta Ladang Rakyat yang sekian lama menantikan hak pemilikan tanah hingga sekarang tidak kesampaian, sebaliknya pemimpin berserban dan berjubah yang berkereta mewah seperti Nik Aziz pula terlebih dahulu memiliki tanah-tanah tersebut.


Dato’ Nik Aziz Nik Mat 
- Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000
- Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997

Datin Tuan Sabariah
- Lojing 1, Lot 29, Gua Musang pada 21 Disember 1997


Yang amat teruk bila penyakit tamak mula menguasai diri. Guna kedudukan dan kuasa untuk membeli JAWATAN.

Isu kegilaan Nik Aziz terbaru adalah beliau dituduh terlibat dalam membeli jawatan Menteri Besar Perak untuk Pas. Khabarnya berharga RM 30 Juta iaitu nilaian tanah ketika ini. Jumlah tanah yang agak luas kepada CINA Dap. Bukan anak Kelantan dan bukannya penduduk Kelantan pun.

Cerita Nik Aziz rasuah tanah untuk dapatkan jawatan Menteri Besar Perak atas tiket Pas ada dalam blog pisau.net seperti lampiran di bawah ;



Hanya untuk dapatkan Kerusi Menteri Besar atas tiket parti Pas maka Nik Aziz sanggup gadaikan IMAN, gadaikan namanya yang mendapat jolokan Tok Guru.

Rakyat Kelantan sendiri amat miskin dan tidak mampu untuk mendapatkan tanah walaupun sekangkang kera untuk dibina rumah sendiri. Ramai rakyat Kelantan yang masih hidup menumpang sewa di atas tanah jiran tetangga. 

Kenapa isu ini Nik Aziz tidak ambil berat ?
Siapa Nga & Ngeh ko Ham yang dapat tanah lebih dari 10 ekar ?
Kenapa sampai sanggup beri tanah kepada bukan rakyat Kelantan ?
Kenapa ada tanah atas nama Nik Aziz dan isterinya Datin Sabariah ?






0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More