Sunday, December 2, 2012

Farah Asyikin bertudung lepas nampak DOSA di cermin..

Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi 'magic' dari Allah SWT.

"Waktu itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang sepintas lalu.

"Saya mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat nasuha," ujarnya dengan linangan air mata.

Peristiwa itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau mengaminkan doa.

"Saya menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut Islam," katanya.

Sebelum kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya.

Farah turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan 'skirt' pendek untuk menghadiri satu majlis.

Bagaimanapun, Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang.

"Saya juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda," katanya.

Kini, beliau yang bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan menghanyutkan dirinya.


p/s: Eloklah tu bila dah insaf.. Cuma jangan pulak keinsafan tu dihiasi dengan terjun ke dalam parti politik yang menghalalkan doa kemusnahan sesama umat..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More