Monday, December 3, 2012

Harapan Baru Untuk Golongan Bankrap




Perhimpunan Agung Umno ke 63 telah pun melabuhkan tirainya pada 1 Dis 2012. Dalam penggulungan tersebut, antara yang disentuh oleh DS Najib ialah tentang perlunya menggubal Akta Kebanrapan yang sedia ada agar dilihat lebih mesra rakyat. 

Beliau mengakui akta yang terpakai kini agak membebankan rakyat dan terlalu ketat. Menurutnya kerajaan akan mengkaji satu dasar yang lebih sesuai dengan kes-kes yang berlaku. Kebanyakan kes bankrap yang berlaku adalah melibatkan penjamin, sedangkan orang yang berhutang lepas begitu sahaja.

Mengikut Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969, individu yang mempunyai hutang sebanyak RM30 ribu, jika tidak melunaskannya, bakal diisytiharkan muflis.


Semenjak tahun 2005 hingga Jun 2010, jumlah hutang individu yang diisytiharkan muflis ialah sebanyak RM 71.36 billion, dimana ianya melibatkan 218, 561 kes berdaftar.

Kebimbangan Perdana Menteri mengenai undang-undang bankrap yang agak ketat ini disokong oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Menururt PPIM, dasar yang sedia ada dilihat seolah-olah 
mempertahankan orang yang memberi hutang, manakala bagi mereka yang telah diisytiharkan muflis gagal untuk menjalani kehidupan seperti manusia biasa, seperti tidak boleh bekerja dan banyak sekatan-sekatan lain yang membebankan.

DS Najib juga berjanji akan menaikkan jumlah pinjaman Tekun. Buat masa sekarang pinjaman maksima yang boleh dibuat ialah RM 50 ribu sahaja. Oleh itu bagi memastikan kelangsungan kesejahteraan rakyat terutamanya golongan peniaga kecil, Perdana Menteri mengumumkan untuk menaikkan had maksima sehingga RM 100 ribu.


Tekun adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Tekun menyediakan jadual pembayaran balik yang tidak membebankan peminjam iaitu antara 1bulan hingga 5 tahun. 

Antara matlamat penubuhan Tekun ialah menyediakan pembiayaan pinjaman mikro dan perkhidmatan sokongan pembangunan usahawan. 

Menurut menterinya, Noh Omar, sejak penubuhan Tekun pada tahun 1998 hingga April 2012, jumlah pinjaman yang diluluskan ialah RM 2.072 billion melibatkan seramai 214,156 peminjam.

Jika dilihat daripada dua isu dan dua janji di atas, nyatalah bahawa kerajaan BN sememangnya amat prihatin akan jerih perih rakyat. Sedaya yang boleh ingin melihat kesejahteraan rakyat marhain. 

Dan kita yakin bahawa sebuah lagi janji BN akan ditepati. 



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More