Saturday, December 1, 2012

HOT!!! Bas pemain Malaysia dikepung selepas menang 2-0..


Panas beb!! Maklumat yang baru gua terima mengatakan bas pasukan Harimau Malaya telah dikepung setelah menang 2-0 ke atas Indonesia tadi..

Bas tersebut khabarnya dikepung oleh penyokong-penyokong Malaysia yang mendesak supaya Rajagopal dikekalkan sebagai jurulatih Malaysia untuk seumur hidup..

Dorang juga khabarnya mendesak supaya FAM menaikkan gaji jurulatih terbabit setelah Rajagopal berjaya membawa skuad Harimau Malaya ke separuh akhir..

Dengan laungan "Hidup King Gopal" dan juga nyanyian "King Gopal tetap dihati".., terdapat sebilangan penyokong pasukan negara dilihat menitiskan airmata apabila jurulatih terbabit keluar melambai-lambaikan tangan menerusi tingkap bas..

Malaysia telah berjaya menewaskan pasukan Indonesia menerusi jaringan Azamuddin Akil pada minit ke 26 dan juga Mahali Jasuli pada minit ke 29..

Kemenangan ni membolehkan Malaysia mengisi tempat ke separuh akhir Piala AFF 2012 seperti yang diharapkan oleh seluruh peminat tegar Harimau Malaya..

Apapun.., tahniah buat seluruh pemain pasukan negara dan juga barisan jurulatih yang berjaya menunjukkan peningkatan selepas dimalukan oleh Singapore pada perlawanan pertama hari tu..

Keep it up dan majulah sukan untuk negara.. Hidup Man U!!!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More