Wednesday, December 5, 2012

I Sayang You, You Sayang I?




Kasih Sayang Itu Titi Dalam Kebahagiaan
Wanita Malaysia adalah ketiga yang paling ramai curang di dunia!
Masya-Allah! Benarkah?
Kajian yang dilaporkan oleh China Press menunjukkan wanita Ghana mengungguli tempat pertama dalam senarai itu diikuti oleh wanita dari Thailand. Jika benar, habislah lelaki-lelaki semua! 
Curang, main kayu tiga, empat dan lima, sudah biasa kita dengari. Jika tidak lelaki, wanita pula yang akan curang. Lagi membimbangkan jika Si Suami mencurangi isterinya dengan menduakan isteri dengan LELAKI lain! Aduh! Nabi tak mengaku umat, Yeop!

CINTA MUKA BUKU BOLEH BUAT CURANG?
Facebook dituduh menjadi agen untuk curang kepada pasangan. Terlalu banyak kes curang yang terjadi disebabkan Facebook. (mungkin juga benar dakwaan itu)
Si Isteri mendaftar akaun Facebook, dan Facebook pula memberi cadangan rakan-rakan lama yang wajar di “add” sebagai FRIENDS. Ketika itulah Si Isteri terjumpa ‘buaya-friend‘nya yang lama tidak ditemui.
Bermulalah ‘cinta’ buat kali kedua. Kekasih lama, manakan tidak boleh dilupakan sampai terlupa dia itu isteri orang!
Suami atau lelaki juga begitu, nampak sahaja perempuan yang seksi dan cantik, terus didekatinya! Persis Aliff Aziz dalam lagu Jangan Ganggu Pacarku, terus poking-poking tagging-tagging pasangan orang lain.
Opss!! Bukan saya nak galakkan couple di antara muda-mudi. Jauh sama sekali! Tetapi artikel ini saya tulis untuk membincangkan tentang budaya kecurangan dan pasangan yang cepat putus di tengah jalan.
Mengapa orang zaman sekarang kahwinnya hanya sekejap? Bukankah sudah saling mengenali di antara satu sama lain sebelum bernikah?
Mengapa pula orang zaman dahulu walaupun suaminya garang, tetapi isteri tidak pernah ditumbuk terajang? Elok sahaja mereka bahagia sampai ke akhir hayat.
Mengapa ya?
MAKCIK TAHU PAKCIK MEMANG SAYANG MAKCIK!
Saya menziarahi sebuah keluarga. Keluarga ini adalah jiran lama kepada sahabat saya. Kebetulan kami di Johor Bahru, singgah sebentar ke rumah keluarga itu kerana sudah lama tidak berjumpa.
Ketika itu hanya ada mak dan ayah sahaja, anak-anaknya tidak ada.
“Anak-anak semua dah kahwin makcik?”, tanya sahabat saya kepada tuan rumah.
“Yang sulong saja yang dah kahwin. Yang nombor dua tenggelam di tengah jalan”, jawab Makcik itu.
“Aikk? Kenapa tenggelam di tengah jalan pulak?”, tanya sahabat saya lagi.
“Biasalah, tunang (perempuan) dah jumpa bekas kekasih hati zaman sekolah dahulu. Terus ditinggalkan anak makcik. Habis RM5000 duit hantaran dikebasnya! Sekarang perempuan pun dah ramai yang curang, dulu-dulu kita dengar lelaki je yang curang!”, jelas Makcik itu dengan nada bengang.
Kesian-kesian“. Kami menjawab di dalam hati. Hanya mampu ucap kesian.
“Hai.. Sekarang budak-budak perempuan pun dah main kayu tiga. Tak setia langsung. Nak tahu kenapa?”, makcik bertanya. Kami pun bersemangat nak tahu!
“Sebab SAYANG mereka dah habis sebelum kahwin! Jumpa orang ni ‘sayang’, jumpa orang tu ‘sayang’. Mudah sangat memanggil ‘sayang’ kat orang”.
“Nak tahu tak, pakcik kamu ni (sambil menunjuk ke arah suaminya) tak romantik langsung! Sampai sekarang dia tak pernah panggil ‘sayang’ kat makcik. Tapi makcik tahu dia sayang sangat kat makcik”, kata makcik kepada kami.
Ooo.. So sweetttt“, kata kami. Juga dalam hati.
BERCINTA SELEPAS KAHWIN?
Banyak orang yang bercerita tentang enaknya bercinta selepas kahwin. Maklumlah kalau dah kahwin buat apa-apa pun tak ada masalah. Bagi yang masih belum bernikah itu, jangan pegang-pegang duduk renggang-renggang lah jawabnya!
Bercinta selepas kahwin selalu kita dengar terjadi kepada orang dulu-dulu. Perkahwinan yang dipilih sendiri oleh keluarga menyebabkan mereka pasrah dengan pilihan mak dan ayah, jika bernasib baik dapatlah suami/isteri yang baik dan secocok pula.
Ada juga yang menerima pasangan tanpa bercinta terlebih dahulu akhirnya terkandas di tengah jalan. Mengapa? Rupa-rupanya tidak secocok dan suami panas baran atau isteri asyik teringat dengan kekasih hati gara-gara dipaksa berkahwin.

Sweet.. Saranghae.. Kredit : fatinhambahina.blogspot.com
Bagi saya, di zaman sekarang mak dan ayah jika mahu menjodohkan anaknya dengan seseorang perlu berbincang dengan anak terlebih dahulu. Zaman sekarang bukan zaman dahulu, anak-anak sekarang sudah berjumpa dengan ramai orang. Takut-takut anak sudah ada pilihan hati, nanti frust menonggengpula si anak itu!
Walau bagaimanapun ibu dan ayah perlu juga mengambil tahu dan membuat pilihan tentang pasangan yang dipilih oleh anaknya. Bukan main terima sahaja bakal menantu disebabkan alasan ‘anak berhak memilih pasangan sendiri’.
Mahukah ibu bapa melihat si anak memilih kaki pukul? Mahukah ibu bapa melihat si anak memilih orang yang tidak solat? Selagi anak belum berkahwin, ibu bapa masih mempunyai hak untuk memberi nasihat tentang masa depan anak anda. Bagi saya tidak salah si anak memilih pasangannya sendiri dan ibu bapa pula perlu melihat dan memberi nasihat tentang pasangan anaknya.
Kita yang masih bujang ini usah terlalu memberi ‘sayang’ dan menyerahkan segala jiwa raga kita kepada bakal pasangan kita. Agama kita telah mensyariatkan agar setiap pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga bertunang terlebih dahulu bagi mengenali hati budi pasangan masing-masing.
Kalau ‘sayang’ itu diberikan sepenuhnya sebelum bernikah, takut-takut bila dah bernikah habis pula ‘sayang’nya itu. Tanda sayangnya kita kepada pasangan bukan hanya menunjukkan sifat romantik tetapi lebih membawanya ke arah kebahagiaan yang sebenar selepas mengucapkan SAAT LAFAZ SAKINAH.
Tingkatkan sayang sesama kita dan semoga anda lebih bahagia hendaknya!
Wallallahua’lam.
NOTA : Sedang membaca buku “Cendol Pulut Santan Lebih” karangan Datuk Abd Jalil Ali. Mantap!
I SAYANG YOU, YOU SAYANG I?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More