Thursday, December 6, 2012

Kamera AES ; Khalid Ibrahim Arah Bungkus Bukan Jahanamkan


Nampaknya Kerajaan Pakatan Haram Selangor masih takut untuk buat keputusan yang mana mereka sendiri mencipta polemik dan mengheret isu AES ini menjadi medan tempur politik yang baru. Strategi memburukkan apa sahaja usaha kebaikan Kerajaan Pusat nampaknya memakan diri.

Esok adalah hari penentu bagi nasib hayat kamera AES kerana Kerajaan Pakatan Haram Selangor sebelum ini sudah memneri amaran keras bahawa mereka bakal menghumbankan kamera perangkap had laju ini ke longkang kiranya Kerajaan Pusat tidak menanggalkannya sendiri.

Ronie Liu yang juga exco Selangor yang bertanggungjawab mencadangkan idea hancurkan AES ini dilihat cuba "buying time', melengahkan masa seolah masih memberi ruang dan peluang kepada Kerajaan Pusat "meminta maaf' dan mula menulis surat rayuan membenarkan memasang kamera perangkap had laju ini.

Kerajaan Pakatan Haram Selangor cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian penyokong atas pagar mereka dalam isu yang kononnya AES ini penyedut darah rakyat, alat Kerajaan Pusat menganiaya rakyat, alat untuk kutip duit rakyat untuk dana PRU13 dan pelbagai telahan lagi.

Apa yang disedari Khalid Ibrahim dan semua sekutunya, mereka terjebak dalam mainan politik kotor mereka sendiri. Bukan semua rakyat menolak, yang rasional pemikiran dan yang sayangkan nyawa serta yang ingin lihat rakyat Malaysia berdisiplin di jalanraya menyokong hasrat murni ini.

Khalid Ibrahim menyedari, kiranya beliau arahkan PBT membuang AES ke longkang maka beliau dan Kerajaan Pakatan Haramnya bakal digelar BAPA VANDALISMA ! Beliau akan menjadi contoh kepada rakyatnya sendiri, kiranya tak setuju di atas sesuatu perkara kerana perbedaan politik maka sebagai rakyat Selangor kita bebas humbankan apa saja ke longkang termasuk meter-meter parking yang menyusahkan.

Ramai pemandu mengeluh dengan sistem parking yang mana peti bayarannya terletak jauh dari kedudukan tempat kereta diletakkan. Makin menyusahkan bila hari hujan, pemandu perlu cari kotak bayaran parking dan kembali ke kereta untuk letakkan slip tanda parking sudah dibayar.

Apakah ini sistem yang boleh membantu menyenangkan rakyat. Itu belum dikira kotak pembayaran letak kereta yang rosak dan "menelan duit".

Khalid bakal mengajar rakyatnya kurang ajar dan yakinlah, bilamana AES dihumbangkan ke longkang tidak mustahil peti tempat membayar parking ini juga bakal menjadi mangsa. Kempen selamatkan 'poket' rakyat boleh ditafsirkan sendiri oleh Rakyat Selangor.



Nasib alat baru yang digunakan PBT seperti MPSJ (gambar) bagi menandakan bahawa kereta anda disaman juga bakal menerima nasib yang sama seperti AES. Alat ini di lihat amat tidak praktikal kerana ianya akan merosakkan pintu kereta. Libasan dan hentakan mengikut alunan angin bakal mengundang kerugian kepada pemilik kereta yang bakal terkial-kial mencari pejabat PBT untuk "melepaskan" alat ini.

Apa akan jadi kiranya kita yang baru tiba di Subang Jaya contohnya dan kerana nasib tidak baik kereta kita di saman cara begini ? Kalau kita orang Perlis yang pertama kali tiba, maka akan mengambil masa yang lama untuk mencari Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk lepaskan besi yang tergantung di cermin sisi kenderaan kita dan bakal melibas pintu hingga kemek sementelah mencari di mana PBT tersebut. Akhirnya besi tangkal saman ini bakal dipotong dan dibuang ke longkang akhirnya.

Kerajaan Pakatan Haram dilihat gagal menafaatkan peluang ini untuk memenangi hati rakyat yang sayangkan nyawa, Khalid dan sekutunya tidak melihat gambaran yang lebih luas, sikap pemandu yang tidak berhemah serta membawa kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan bakal mengundang tragedi yang melibatkan nyawa bukan saja pemandu tetapi orang lain.

Banyak tragedi lebuhraya, lori dan bas yang hilang kawalan bila terlampau laju dan yang menjadi mangsanya adalah pemandu atau penumpang kereta lain. Begitu juga dengan kereta yang dipandu laju yang mengheret penunggang motorsikal yang lain dan pelbagai peristiwa ini saban hari kita baca di dada akhbar malah di kaca TV.

Khalid Ibrahim hanya melihat inilah masa keuntungan politik bagi partinya yang kononnya akan memikat hati rakyat. Kononnya rakyat Selangor bakal mengucapkan terima kasih kerana tidak akan dikenakan denda bila membawa kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan. Kononnya beliau telah berjaya selamatkan duit pemandu yang suka berlumba di jalanraya.

Sama-sama kita tunggu apa akan jadi esok, antara ego Kerajaan Pakatan Haram atau rasioanal di sebalik nyawa rakyatnya sendiri.

Mencegah lebih baik dari menghumbankan AES ke longkang !



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More