Wednesday, December 5, 2012

Kenapa Kita Menganut Agama Islam? (Bahagian Pertama)


.
Secara jujur pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, mengapakah kita menganuti Agama Islam? Adakah kita hanya menuruti dan menerima begitu sahaja agama ibu bapa keturunan kita? Adakah kita telah benar-benar menghayati dua kalimah syahadah terutama dalam setiap solat kita?
.
.

10 Sebab Mengapa Kita Menganuti Islam

.
Segala puji bagi Allah Ta’ala atas segala macam nikmat yang telah diberikan-Nya. Sekurang-kurangnya ada sepuluh alasan mengapa kita menganut agama Islam. Kesemua alasan tersebut adalah seperti berikut:

.
.

Pertama: Redha Allah SWT

.
Kita ingin hidup di dalam naungan redha Allah سبحانه و تعالى. Sedangkan Allah سبحانه و تعالى telah menegaskan di dalam semua Kitab-Nya bahawa satu-satunya agama dan jalan hidup yang diredhai-Nya hanyalah agama Islam.

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.”
(QS. Ali Imran [3]: 19)
.
Tiada seorang Muslim pun yang membaca ayat di atas kecuali pasti ia akan menjadikan Islam sebagai satu-satunya pilihan agama yang dianutinya, kerana Allah سبحانه و تعالى hanya meredhai atau menerima agama Islam, bukan agama selain Islam.
Seorang Muslim sangat menitikberatkan keredhaan Allah سبحانه و تعالى dalam hidupnya. Ia tidak risau jika ketua jabatan atau tok guru atau menteri, bahkan penguasa negara superpower sekalipun tidak redha kepadanya. Tapi ia sangat risau jika Allah سبحانه و تعالى Penguasa langit dan bumi tidak meredhai hidupnya.
Ayat di atas bukan saja menegaskan bahawa penganut agama Islam bakal memperoleh redha dan restu Allah سبحانه و تعالى, tetapi secara implicit (tidak langsung) juga menegaskan bahawa sesiapa mencari agama selain Islam, bererti ia hidup di dunia tanpa keredhaan Allah سبحانه و تعالى. Jika Allah سبحانه و تعالى tidak redha kepadanya bererti ia bakal menderita kerugian di akhirat nanti. Sebab murka Allah سبحانه و تعالى menanti dirinya.
Bagaimana tidak? Allah سبحانه و تعالى telah memberikan begitu banyak nikmat kepadanya, baik zahir mahupun batin, namun ia malah tidak bersyukur terhadap nikmat yang paling utama, iaitu hidayah agama Islam. Bukti tidak bersyukurnya ialah dia memilih agama selain Islam yang sesungguhnya menjauhkan dirinya dari Ridha Allah سبحانه و تعالى.

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Sesiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. Ali Imran [3]: 85)
.
Keredhaan Allah سبحانه و تعالى akan terlimpah kepada kita kerana kita memilih untuk beridentitikan Islam, bukan yang lain. Sebab Allah سبحانه و تعالى menyuruh kita ketika berinteraksi dengan penganut agama lain untuk menawarkan prinsip hidup tauhid kepada mereka sebagai kesepakatan bersama. Tetapi kemudian jika mereka berpaling, kita tidak disuruh untuk berkompromi dengan mereka. Allah سبحانه و تعالى menyuruh kita untuk mengisytiharkan diri sebagai orang-orang yang beridentitikan Islam.
3:64
“Katakanlah, ‘Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada Suatu Kalimah (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. ‘ Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: ‘Saksikanlah, bahawa kami adalah kaum Muslimin (orang-orang yang berserah diri kepada Allah)’.” (QS. Ali Imran [3]: 64)
.
.

Kedua: Seiring Gerak Alam

.
Kita menganut agama Islam kerana ingin hidup seirama dengan gerak alam semesta. Seluruh makhluk di langit dan di bumi bersikap “Islam” iaitu berserah-diri, bersujud, tunduk dan patuh kepada Allah سبحانه و تعالى. Maka kita tidaklah mahu memilih irama yang berbeza dengan gerak alam. Kita kaum Muslimin berasa sangat perlu untuk hidup dalam harmoni keserasian dengan alam seluruhnya.

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الأرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُوَالدَّوَابُّ وَكَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ

Tidakkah kamu mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar daripada manusia?” (QS. Al-Hajj [22]: 18)
Kita menganut Islam kerana kita ingin dengan sukarela berserah diri kepada Allah سبحانه و تعالى. Kita sangat sedar bahawa kita semua berasal dari Allah سبحانه و تعالى dan akan dikembalikan kepada Allah سبحانه و تعالى sebagai akhir perjalanan hidup.
3:83
“Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah berserah diri (tunduk taat) segala makhluk  yang ada di langit dan di bumi, baik dengan sukarela mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah-lah mereka dikembalikan.” (QS. Ali Imran [3]: 83)
.
.

Ketiga: Bersama Umat Terbaik

.
Kita menganut agama Islam kerana ingin dikumpulkan bersama-sama orang-orang terbaik sepanjang zaman. Dari zaman ke zaman, dari negeri ke negeri Allah سبحانه و تعالى mengutus para Nabi dan Rasul-Nya untuk menyampaikan mesej Allah سبحانه و تعالى bahawa hidup di dunia ini adalah untuk menjalankan misi beribadah kepada Allah سبحانه و تعالى semata-mata dan menjauhkan diri dari musuh-musuh-Nya iaitu para ‘Thaghut’. Berpihak kepada ‘al-haq’ (kebenaran) dan tidak berkompromi dengan ‘al-bathil’ (kepalsuan).
Para Nabi dan Rasul Allah merupakan manusia-manusia terbaik sepanjang zaman. Kita ingin dikumpulkan bersama mereka di Akhirat kelak. Oleh sebab itu kita menganut Islam, kerana Islam merupakan agama yang telah dianuti bahkan diperjuangkan oleh setiap Nabi dan Rasul Allah sepanjang sejarah kehidupan manusia.
3:84
Katakanlah:   ”Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada para nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya-lah kami menjadi kaum muslimun (menyerahkan diri). “ (QS. Ali Imran [3]: 84)
.
Bahkan kita sangat bercita-cita agar boleh dikumpulkan bersama-sama orang-orang terbaik sesudah darjat para Nabi dan Rasul Allah, iaitu para shiddiqiin (orang-orang yang selalu dalam kebenaran), syuhada (orang-orang yang mati syahid dibunuh oleh musuh-musuh Allah سبحانه و تعالى) serta sholihiin (orang-orang yang menyibukkan diri mengerjakan amal ibadah dan amal soleh). Sebab mereka inilah orang-orang yang paling layak kita jadikan sebagai sebaik-baiknya teman setia di dunia mahupun di Akhirat kelak.
4:69
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, para Siddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh . Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat).” (QS. An-Nisa [4]: 69)
.
.

Keempat: Ingin Mati Sebagai Muslim

.
Kita menganut agama Islam kerana ingin mati sebagai muslim iaitu sebagai orang yang berserah diri kepada Allah سبحانه و تعالى. Kita tidak mahu mati sebagai seorang yang kafir kepada Allah سبحانه و تعالى. Demikian juga, kita tidak mahu mati sebagai orang yang berpura-pura atau bermain-main menjadi seorang yang beriman alias menjadi seperti kaum munafik. Begitu juga, kita tidak mahu mati dalam keadaan sebagai seorang yang murtad. Mengapa? Kerana Allah سبحانه و تعالى menyuruh kita untuk tidak mati kecuali dalam keadaan sebagai seorang muslim.
3:102
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS Ali Imran  [3]: 102)
.
Orang yang mati dalam keadaan beragama Islam akan mendapat keselamatan dan kebahagiaan hakiki dan abadi di akhirat kelak dengan dimasukkan Allah سبحانه و تعالى ke dalam jannah-Nya (syurga-Nya). Manakala orang yang mati dalam keadaan selain beragama Islam pasti celaka di akhirat, kerana Allah سبحانه و تعالى bakal memasukkan dirinya ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Semua orang yang mati dalam keadaan kafir, munafik atau murtad bererti mati tidak dalam keadaan beragama Islam. Ia bakal hidup dalam kesengsaraan hakiki dan abadi di dalam azab Allah tersebut. Wa Na’udzubillaahi min dzaalika …
.
Maka seorang yang mati dalam keadaan beragama Islam bererti telah mempersiapkan dirinya untuk mampu menjawab beberapa soalan fundamental malaikat ketika dirinya sudah menjadi mayat berada di dalam kuburnya. Sebagaimana disebutkan Rasulullah صلى الله عليه و سلم di dalam hadis berikut:

قَالَ فَتُعَادُ رُوحُهُ فِي جَسَدِهِ فَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ لَهُ مَنْ رَبُّكَ فَيَقُولُ رَبِّيَ اللَّهُ فَيَقُولَانِ لَهُ مَا دِينُكَ فَيَقُولُ دِينِيَ الْإِسْلَامُ فَيَقُولَانِ لَهُ مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ فَيَقُولُ هُوَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَقُولَانِ لَهُ وَمَا عِلْمُكَ فَيَقُولُ قَرَأْتُ كِتَابَ اللَّهِ فَآمَنْتُ بِهِ وَصَدَّقْتُ فَيُنَادِي مُنَادٍ فِي السَّمَاءِ أَنْ صَدَقَ عَبْدِي

Sabda  Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم:
“… lalu rohnya di kembalikan ke jasadnya, kemudian dua malaikat mendatanginya dan mendudukkannya dan bertanya “Siapa Tuhanmu?”. Ia menjawab “Rabb-ku Allah”. Tanya kedua-duanya “Apa agamamu?” Ia menjawab: “Agamaku Islam.” Kedua-duanya bertanya “Bagaimana komentarmu tentang laki-laki yang diutus kepada kamu ini?” Si mayat menjawab “Oh, dia Rasulullah صلى الله عليه و سلم.” Kedua-duanya bertanya “Dari mana kamu tahu itu semua?” Ia menjawab “Aku membaca Kitabullah sehingga aku mengimaninya dan membenarkannya.” Lalu ada Penyeru di langit memanggil-manggil: “HambaKu benar …” (HR Ahmad – Shahih)
.
.

Kelima: Mengikut Sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم

.
Kita menganut agama Islam kerana ingin meneladani Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم yang disebut Allah سبحانه و تعالى merupakan rahmat bagi semesta alam.
21:107
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (QS Al-Anbiya)
.
Seorang manusia yang menjalani kehidupan mengikuti agama Islam, bererti ia telah mengambil peranan sebagai rahmat bagi sekelilingnya. Sebab hakikat menjadi rahmat bagi sekelilingnya ialah ketika seseorang beristiqamah di dalam menganut agama Islam. Jangan di sebalik. Bila orang kebanyakan (yang aqidahnya rosak serta terlanjur tenggelam dalam dosa) merasa terganggu oleh kehadiran orang yang sesungguhnya soleh, maka orang soleh itu dituduh tidak menjadi rahmat bagi orang-orang sekelilingnya (yang terlanjur gemar kemusyrikan dan bermaksiat alias derhaka kepada Allah سبحانه و تعالى) . Akhirnya supaya dianggap menjadi “rahmat” bagi orang-orang tersebut si soleh tadi berkompromi dan menunjukkan sikap mencampuradukkan yang haq dengan yang batil. Ini pengertian yang keliru dari makna “rahmat bagi semesta alam.”
.
Maka, kita menganut agama Islam dan berusaha untuk istiqomah dengannya, kerana tahu bahawa satu-satunya tolok-ukur kalau dirinya menjadi rahmat bagi sekelilingnya adalah ketika ia sibuk berusaha meneladani Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم dalam sebanyak mungkin aspek kehidupannya.
33:21
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah (dalam masa susah dan senang).”  (QS Al-Ahzab 21)
(Bersambung… InsyaAllah)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More