Friday, December 7, 2012

Kentut paling bau dan paling mahal di dunia


Kentut paling bau di dunia | Kentut terbau di dunia | Kentut paling mahal di dunia | Kentut termahal di dunia. Bau kentut yang pekat pasti meloyakan tekak sesiapa pun termasuk seorang warga Sweden, Göran Andervass.

Namun, lelaki pendiam yang berumur 53 tahun ini berjaya mendapatkan pampasan sebanyak AS$100,000 (RM305,832) hanya kerana dia tidak tahan dengan bau kentut seorang pelanggannya.

Jurukomputer Bank Sweden itu dalam satu perbicaraan di mahkamah pada 2003 memberitahu, seorang pelanggan bank membuang angin semasa mereka mengadakan perbincangan tetapi bau yang amat busuk mencetuskan satu pertengkaran.

Peristiwa itu bukan sahaja menarik perhatian rakan sekerjanya tetapi pengurus bank bertugas. Andervass dan pelanggan yang juga seorang lelaki itu kemudian dipanggil ke bilik majikannya untuk menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku.

Malangnya, pelanggan itu berkeras mengatakan dia tidak kentut. Hasilnya, Andervass dipecat dengan alasan sengaja mereka cerita. Namun, lelaki ini tidak berpuas hati dan menuntut gantirugi di mahkamah.

Hakim mengarahkan majikan Andervass membayar ganti rugi sebanyak RM305,832 kerana memecatnya tanpa alasan yang kukuh. - Illustrasiaku

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More