Thursday, December 6, 2012

Kesian Nasib Gadis ini Tumbuh Janggut Kesan Sampingan Ubat


Gadis ini menerima nasib yang malang apabila terpaksa melalui hidupnya dengan wajah yang berubah menyerupai lelaki. Nana berusia 16 tahun yang berasal dari China mengalami kesan perubahan wajah yang sangat menyedihkan.

Akibat pengambilan ubat-ubatan untuk merawat penyakit Aplastik Anemia, Nana terpaksa menanggung kesan sampingan yang luar biasa. Katanya sejak dia mula dirawat pada 2010, bulu ini mula tumbuh. Nana kini tidak lagi ke sekolah kerana malu di ejek oleh kawan-kawan disekolah. Apabila dia hendak keluar rumah, dia terpaksa memakai toping mulut untuk sorok janggut dan kumis pada mukanya.

Ada fakta yang mengatakan bulu yang tumbuh pada seseorang wanita bukan sesuatu yang ganjil dan pelik. Tetapi anggaran mereka dikalangan wanita yang berbulu seperti lelaki ialah sebanyak 8% diseluruh dunia. Masalah ini adalah kerana wujudnya kadar hormon lelaki yang tinggi dalam tubuh badan mereka. Masalah berbulu dikalangan wanita dipanggil HIRSUTISM.






0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More